Friday, January 2, 2009

" Sesi Seminar
Yang Membuka Rahsia
Kejayaan Anda Di
Dalam Perniagaan
Unit Amanah"

Rahsia Mengorak Kejayaan

Memberangsangkan Dalam

Perniagaan

Unit Amanah

Walaupun Anda

Bukan Graduan Kewangan


Salam pertemuan buat para pembaca sekelian...


Selama hampir setahun di dalam perniagaan unit amanah ini, pelbagai peningkatan diri telah saya lihat dalam diri saya malah rakan dan saudara juga memerhatikan perubahan pada diri saya semenjak menjalankan perniagaan unit amanah. Keselesaan hidup begitu ketara berbanding kerja makan gaji yang masih lagi menjadi kerja hakiki saya sehingga kini.


Tiada keputusan besar saya telah lakukan, cuma nekad untuk meluangkan masa selepas waktu bekerja untuk menjalankan perniagaan ini. Kerja PART TIME tetapi cara kerja macam FULL TIME. Sebab nak berjaya, nak tunjukkan kejayaan pada keluarga.


Alhamdulillah, bab pendapatan sangat lumayan. Bab jaringan kenalan semakin hebat sebab dulu tidak terfikir nak berkawan dengan orang besar, tetapi semenjak menjalankan perniagaan ini, kenalan orang besar sudah kebiasaan. Bukan nak menunjuk tetapi itulah realitinya. Bila dah kenal orang besar, dah boleh bergaul dengan mereka tiada masalah lagi untuk takut. Malah cara saya berkomunikasi dengan boss kerja makan gaji pun dah berbeza, lebih berkeyakinan dan penuh kepercayaan. Hebat bukan...


MENGAPA ANDA PERLU SERTAI SAYA DALAM PERNIAGAAN INI


Saya mempunyai cukup alasan untuk melaksanakan perniagaan ini, alasan saya mudah...saya hendak menulis buku kehidupan saya sendiri yang sedikit berbeza berbanding rakan lain..rakan lain berjaya dalam kerjaya makan gaji, saya pula nak berjaya dalam kerjaya perniagaan...oleh itu saya korbankan hasrat sambung belajar ke luar negara kerana fikirkan kelak bila pulang ke tanahair wajib bekerja makan gaji dengan pembiaya pengajian saya.

Bagaimana jika saya cuba senaraikan alasan mengapa anda perlu sertai saya:
  1. Letih terpaksa berkejar diawal pagi untuk ke tempat kerja.
  2. Bosan dengan politik tempat kerja, nak naik kena jatuhkan rakan sekerja.
  3. Rakan lain dah naik pangkat, anda masih di tempat sama..tak kemana.
  4. Bosan dengan perniagaan internet, MLM dan pelbagai lagi.
  5. Anda mempunyai kenalan yang hebat tetapi anda masih belum hebat.
  6. Ingin menjalankan perniagaan tetapi modal nak kecil.
  7. Personaliti anda hebat, komunikasi anda hebat seperti ahli korporat tetapi anda masih belum kaya macam ahli korporat.
  8. Bosan dengan budaya 8 pagi - 5 petang.
  9. Belum cukup habis bulan, gaji anda habis anda guna...Makan gaji lah katakan...
  10. Berimpi hendak berimpian dan bercita-cita besar.
  11. Hendak menjadi JUTAWAN.
  12. Berhasrat hendak bebas dari beban hutang.
  13. Nak tambahkan pendapatan yang ada.
  14. Nak membayar zakat pendapatan yang lebih.
  15. Ingin banyak bersedekah.
  16. Ingin membantu mak ayah di kampung.
  17. Tak suka kerja makan gaji lama-lama..sekadar tapak sementara sahaja.
  18. Kena buang dari kerja makan gaji.
  19. Dah nak graduat tetapi belum ada panggilan kerja.
  20. Dah lama bergraduat tetapi masih tiada kerja tetap.


Anda sudah bosan dengan usaha anda selama ini untuk berjaya, menjalankan perniagaan kecil-kecilan tapi sampai sekarang tak berkembang-kembang, menjalankan perniagaan MLM tapi rakan lain dah naik pentas anda masih hanya tolong tepuk tangan, membaca pelbagai bahan bacaan softcopy dan hardcopy untuk berjaya tapi belanja duit buku dah banyak tapi duit belum masuk-masuk lagi, bosan dan penat, walaubagaimana pun jangan berputus asa dan jangan mengalah, rahsia untuk berjaya dalam perniagaan unit trust ini telah berjaya saya perolehi dan kini hendak dikongsikan dengan anda semua. Seperti bagaimana hendak mendapat BIG SALES, bagaimana hendak mendapat rakan perniagaan yang ramai, bagaimana hendak meyakinkan klien untuk membeli unit trust, segalanya telah saya perolehi dan hendak dikongsikan kepada anda tanpa sebarang bayaran….FREE….FREE OF CHARGE….anda mungkin tidak percaya kerana ilmu ini sangat berharga, tetapi ilmu yang berharga tiada nilai jika tidak dikongsikan bersama-sama.


PENGENALAN DIRI

Salam Ukhwah dan salam perpaduan…

Apa khabar? Moga anda pembaca semua sihat-sihat. Izinkan saya memperkenalkan diri. Saya Mohd Yusof Prof. Dr. Hussein Ahmad memiliki Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (Bimbingan dan Kaunseling) dan Ijazah Sarjana Muda (Pengurusan Teknologi). Graduan universiti tempatan. Pengalaman perniagaan saya memang lama, mula berkecimpung dalam arena perniagaan semenjak di universiti lagi. Mula dengan MLM, kemudian ada duit sikit, saya membekal pekerja tempatan kepada kilang-kilang area Johor Bahru dan perkhidmatan pengangkutan, disamping itu turut menjalankan perniagaan Lightning Protection, menyelia projek ternakan air payau, membekalkan kerepek dan bermacam-macam lagi. Alhamdulillah proses pembelajaran perniagaan saya memang ada. Jatuh bangun dalam perniagaan telah dirasai, sepak penerajang perniagaan juga tidak sepi. Akhirnya Allah ketemukan saya dengan perniagaan ini. Amat berbeza perniagaan ini berbanding perniagaan saya yang dahulu. Jika saya diketemukan perniagaan ini dahulu sudah pasti lagi muda saya boleh berjaya. Perniagaan yang tidak memerlukan modal yang besar, tidak memerlukan stok, latihan berterusan diberikan, pengurusan yang professional dan berbagai lagi. Menjadikan hati telah mula jatuh cinta dengan perniagaan ini.


Apa yang anda akan perolehi dalam seminar ini:

  1. Pengenalan perniagaan bersama CIMB Wealth Advisors.
  2. Pengenalan sistem pembayaran komisyen.
  3. Perkongsian konsultan berpengalaman.
  4. Sesi soal jawab.

Berapakah nilai seminar ini? Seminar ini tidak mahal tetapi cukup untuk minyak petrol anda seminggu tetapi semuanya kini adalah percuma. Anda tidak perlu membayar sesen pun untuk hadiri seminar ini. Hanya yang perlu anda laksanakan adalah tempahan kerusi anda melalui person in-charge kami. Jika tiada tempahan ditakuti tiada tempat untuk anda duduk berikutan sambutannya hebat.

LOKASI SEMINAR DI JOHOR BAHRU

En. Yusof, saya berminat untuk menghadiri seminar ini. Klik untuk daftar seminar